Friday, April 24, 2009
cinta ini membunuhku...
saat ini,
aku alami saat paling sukar dan hebat untuk ku hadapi sebagai insan yang lemah...
kehancuran sebuah impian yang ku idamkan untuk menjalani kehidupan yang sementara ini,
membuatkan aku menjadi terlalu lemah,langsung tidak berdaya,
untuk menjalani hidup ini yang entahkan bila akan berakhir,...
cinta yang kurasai, lalu kupatri dari bertahun lamanya,
masih tidak mampu membuka hati dan jiwa seorang insan bergelar wanita ,
untuk menerimaku,... menemaniku sepanjang hidupku selagi ku bernafas,...
cubaan yang berani,
malah aku sendiri sukar untuk mempercayai kekuatan yang ku perolehi
untuk melakukannya...
sedangkan aku ini tinggi sifat malunya, apatah lagi mencuba
membuka hati seorang wanita untuk menerimaku...
saat kurasakan nafas ini bakal makin terhenti,
keinginan untuk memilikinya semakin kuat dan berderas laju,
tanpa terhenti setelah sekian lama,
ibarat sungai nil yang setia menemani mesir sepanjang zaman kehidupan setakat ini...
walaupun malu telah ku pecahkan temboknya,
lemahku telah ku kuatkan segalanya,
tetapi, bila di depan insan tersebut,
aku menjadi lemah terkelu tak berdaya,,,
hati bergetar laju tapi meronta ingin meluah segala...
aku hampa dan kecewa,
bukan kerana masih gagal membuka hatinya untukku,
tetapi gagal melawan diriku yang penuh kelemahan untuk
mengungkapkan ayat-ayat cinta yang penuh suci dari hati ini...
tangisku,tangis lelaki,...
tidak bersendu,tidak berlagu,,,
tapi penuh syahdu dan mendayu...
perlahan seperti membisik...
tapi di hati, hanya tuhan saja yang tahu,
alam kurasakan turut merasai kepedihanku,
walaupun tidak ku dengar,
tapi,dapat kurasa melalui ilhamku...
sayu.......
biarpun kegagalan bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan,
tapi kehidupan sesudah kejadian itu memberi kesan yang bukan sedikit kepadaku,,...
sehingga ku tidak mampu untuk mencoretkannya di sini...
jauh di sudut hati,
seperti tak mahu berputus asa,
malah ingin mencuba lagi,
menanti hinggat mati tak hidup kembali,
pilihan kini menanti,
tetapi,
biarlah kuputuskan,
setelah ku mampu ubati yang tercalit di hati kini...
------------------------------------------------------------------------------------------------
dia terkesan juga di sana,
setelah ku tahu,
aku semakin terseksa,...
niat untuk membahagia,
duka lara yang dia rasa,..
aku tak boleh nak melakukan apa-apa,
hanya berdoa,
dan berdoa,,...
maafkan aku ya...
aku merasa lebih dari yang kau rasa,
harap kau kuat untuk melalui segala,,...
hidup sementara,
aku telah mencuba sedaya upaya,
cintaku tak berbalas juga...
bagaimana akhirnya...
penantian penuh kesabaran ku berikan,
sehingga ajal tak mampu tahan....
sayang s****,
zhyne
9.52pm
30 oktober 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
laaa..rajin betui hang p baca no.. hang p study lah dari baca blog aku yang haprak tu.. :)
la ni tengah period tadak mood nak berblog.. nanti2 lah akan ada yang updated.
oklah, apa2 yang hang buat tu elok2 lah. malaih aku nak komen lebih2. :D
Post a Comment