Salam...
Meniti kehidupan yang aku lusuri kini, membuatkan aku semakin menghargai erti hidup ,
dengan lebih menemukan makna-makna kehidupan yang dulunya aku tahu apa nilainya ini semua...
Ayuh , mulakan langkah! =)
Benar, usia mendewasakan , tetapi , bagi aku , tak kira muda atau tua ,
bisa sahaja menjadi dewasa...
Saat kulontari kata-kata hati ke blog ini,
tahap kerinduan aku terhadap pieces of life yang tuhan berikan kesempatan untuk nikmati
pada tanggal 7.8.2010 adalah berada di puncak , lebih2 lagi,
mungkin tadi atau esok , sahabatku itu sudah kembali ke tempat itu semula,
tempat kehidupannya, tempat takdirnya , tempat nikmat hidup yang tuhan berikan padanya...
dan aku pula, lantas mengingati hakikat kehidupanku yang tuhan telah takdirkan untuk aku nikmati, syukuri
selagi aku mampu untuk mentaati...
& ia langsung mengajar aku untuk lebih menghargai kehidupan di hadapanku yang tuhan takdirkan untukku..
kini, aku fahami, bahagia itu bisa saja ada di mana-mana , asal kita tahu bagaimana mahu menemukannya...
kekadang aku sendiri pelik, dengan sifat dan jiwa ini yang seringkali sahaja tamak untuk merasai bahagia...
adakah kalian begitu juga?
keluargaku, ALHAMDULLILLAH, nikmat hidup yang amat aku syukuri...
manis pahit hidup, di sinilah aku belajar...
dan bila aku menemukan keluarga sahabatku ini,
aku bertambah kesyukuran, kerana kasih sayang aku semakin bertambah untuk menjadi
manusia bernama manusia berhati manusia...
yang kelak 1 masa, INSYA-ALLAH ... tuhan berikan aku pula peluang untuk menghadapinya,..
membina sebuah keluarga... yang kuharapkan mampu kukongsikan segala bahagia yang tersemat dalam jiwa...
dan percayalah, bahagia aku bila aku dapat bercampur bersama manusia bernama manusia berhati dan jiwa manusia...
dan diterima juga begitu, seumpama manusia bernama manusia berhati dan berjiwa manusia juga...
kerana apa? cuba bisa kamu tukarkan 'manusia' dan gantikan dengan makhluk lain...
maka aku rasakan bahagia itu tidak bisa sempurna...
kenape manusia?
kerana aku juga manusia...
manusia yang hamba kepada tuhannya...
manusia yang ingin menikmati bahagia...
manusia yang ingin disedari kewujudannya...
manusia yang berkeinginan memiliki sesuatu...
manusia yang mencari teman untuk dikongsi ,
kekasih yang mampu menenangkan diri...
manusia yang ingin memiliki dan dimiliki...
manusia yang ingin hidup bermasyarakat..
manusia yang ingin bersosial dengan caranya...
manusia yang terhad kemampuannya..
manusia yang inginkan memori indah di sampingnya...
dan banyak lagi ciri-ciri manusia yang kalian pasti sedar akannya,
kerana kalian juga manusia , bukan?
13 August 2010,
11.36pm
--------------------------------------------------------------------------------------------
20 August 2010,
2.39pm
Ku sambung semula menukilkan sesuatu dalam diri ini ke sini , sisi kehidupan mayaku...
Idea sudah hampir tidak ada , mungkin aku gusar memikirkan tanggungjawab-tanggungjawab yang masih
tidak terlaksana...
atau juga ingin memeditasikan diri seketika , supaya jumpa makna yang ku cari sebenarnya...
Hari ini , aku hanya ingin meneruskan tentang entry ini dengan berkongsi sedikit kepegunan sementelaah
aku berada di Rembau ini...
Dan , biarkan saja ia berbicara sejuta cerita...
kerana atas keterbatasanku sebagai manusia, tidak bisa mampu mendokumenkan segala hal dan kisah...
tetapi, kenallah,..
aku sudah ingin menikmati dunia seperti ini...
penuh alamnya... penuh sucinya... penuh kasih sayangnya...
penuh keasliannya...
dan pastinya, tempat yang mampu menambahkan kesyukuran aku sebagai manusia,..
tentang betapa kerdilnya aku..
dan betapa banyak lagi yang harus ku jelajahi,
untuk mengenal hakikat hidup ini,
bahawa ALLAH MAHA BERKUASA...
dan inilah bahagia yang kucari dan kunanti sehingga hembusan nafas akhirku terakhir...
dan tentunya , pilihan ini terletak di tangan aku bagaimana ingin menemukannya,
dan kalian juga tentu ada jalan yang dipilih sendiri untuk mengenal hakikat hidup ini, sebenarnya...
dan yang aku inginkan...
bukan lagi dunia kota penuh dusta...
dunia batu - berhantu...
atau kemewahan dunia sementara atau wang yang berganda jutanya...
cukuplah sekadar dapat menikmati makna dan indahnya kehidupan sebagai manusia bernama manusia berjiwa manusia dan berhati manusia..
harap kalian begitu juga...
diharapkan semoga kalian bahagia bila aku bahagia ,
kerana sejujurnya, , bahagiaku datang juga sebegitu.. =)
Perjalanan Baru Bermula...
Sambal - Port Lepak Terbaik di Tampin =)
Aku jelez dgn friendship ini..
Member chineseku tak stay around my home...
but, this is really nice - manusia bersahabat sesama manusia,
uncoloured by feeling!
totally love this kinds of friendship =)
Di kawasan ini , akan aku rindukan bunyi burung bernyanyian dari dalam kehijauan...
terlalu indah untuk aku lontarkan...
asli penuh kesyujuran...
mendamaikan...
suci bunyinya...
Ketenangan yang kucari...
bahagia yang ingini...
nikmat hidup yang aku ingin terokai..
ada yang terjumpai di sini..
takdir Tuhan , memang sukar dimengerti...
tp aku pasti,
Tuhan berikan yang terbaik untuk aku lalui...
1st time of my life...
melihat proses membakar lemang...
aku betul-betul teruja,
cuma sedikit terusik kerana tak dapat nak melihat proses sepenuhnya membuatnya...
harap 1 masa lagi akan tiba untukku... hehehe =)
Rembau - Daerah Beradat...
Ini Yang Aku Pelajari... Kisah Seorang Kanak-Kanak - Iqram
Iqram betul-betul bahagia menjalani kehidupan sebagai manusia biasa...
kanak yang tidak mampu menyembunyikan keinginannya...
menangis bila ditinggalkan...
sentiasa ingin rasa selamat dan dilindungi...
dan hidup penuh kejujuran...
dan kuharapkan, zaman dia membesar nanti..
dia mampu adapt kan apa yang dididik di sini...
kerana aku, smp 1 tahap pada proses pembesaran ini,
ada sahaja kata yang perlu kusimpan...
perasaan yang perlu dipendam tanpa mampu diluah...
bicara kata hanya keluar dari hati tanpa mampu diekpressi...
kerana apa?
wujud sahaja manusia yang tidak bisa bahagia bila menemukan kejujuran dan keikhlasan...
bila kulakukan itu, maka silaplah aku - kerana jujur,,,
lelah hidupku sebegitu - kadangkalanya....
Looks In Details -
Sahabat-sahabat , lihatlah imej-imej pegun ini...
Hasil oleh sahabatku, Hakim...
Lihat dengan details..
maka,
percayalah, ada satu kepuasan muncul dalam diri dan
kesyukuran yang teramat kerana dapat melihat kebesaran tuhan...
yang jarang dapat dinilai oleh mata kasar....
Maaf , hanya ini sahaja secebis yang mampu kukongsikan di sini... =)
-sila zoom gambar untuk lebih penjelasan yang tak mampu kuhuraikan-
dan dengan penuh rasa hormat kepada seorang sahabat,
aku ucapkan terima kasih kepada Hakim , kerana dengan jujur dan ikhlasnya
membawakan aku ke kehidupan beliau...
semoga ALLAH s.w.t. murahkan rezekinya dan keluarganya,
ampunkan dosanya dan keluarganya,
serta bahagianya, dunia akhirat hendaknya...
Sekian , pieces of my life in Rembau...
semoga satu masa, akan ku kenangi zaman indah ini...
dan detik syukur akan kupancarkan kepada Tuhan Yang Esa,
atas memberikan aku nikmat menjalani kehidupan sebagai seorang manusia bernama manusia berjiwa dan berhati manusia...
Salam Ramadhan dari Z7...
13 comments:
Muhammad Danny like's Zhyne 7's art of writing..
Keep it up abg!!
Salam..
thankz danny! =)
luv thizzzz!!
miss my kampung~arrrr.
mak oi pnjg lebarnya. anyway, mcm byk mggunakan kata2 adjektif dr aku ja. hahaha. apa pn, nice.
gmbo2 jelas n menarik.
dauz...
thankz!!!
jap, ape maksud 'kata2 adjektif dari aku' tu aek?
hahaha
gambo2 tu hasil karya sahabatku itu..
thumbs up for him! hehe
thanks untuk penghargaan zain, aku terharu ;(
terima kasih sudi teman aku pulang, waalaupun tak seberapa. thanks sahabat
nice entry der. ouh. tacing jap. tetbe lagu kat tv cm jd muzik latar belog ko. haha!
Hakim, sama-sama ;)
& terima kasih kerana sudi bawa aku pulang...
dan sila bawa lagi ya! haha
bagi kau, mungkin tak seberapa,
tapi bagi aku,
itu perkara luar biasa yang terjadi dalam hidup aku nie... =)
my pleasure sahabat =)
padie padie padie :
hahaha
thankz dan sila nangis =)
aeh,lagu apakah di tv itu?
huhuhu
hey i am here!
nice post indeed!
nice to meet you and wish to see you soon~
thankz khoo =)
nw i knw who is diz cute lil raudah :)
raudhah : sounds mysterios ! haha
Post a Comment