Tuesday, August 31, 2010

Ramadhan 2010 : Sahur Di Bukit Tabur...




salam...

untuk hidup yang aku syukuri...
untuk nikmat dari tuhan yang tiada kurangnya lagi...
untuk batas waktu yang selalu mencemburui...
untuk nafsu yang seringkali tak terbatasi...
untuk hati yang merindui...
untuk jiwa penenang diri...

aku masih di sini...
menikmati indah dunia sementara...
tatkala tuhan berikan aku nyawa...
perkara yang tidak kusedari...
aku kurang untuk menghargai...
dan mensyukuri...

padahal semua itu pemberian atas zat-NYA YANG MAHA ESA...
aku sebagai hamba...
kurang sahaja untuk berterima kasih pada-NYA...
kekadang, bongkak angkuh juga dengan nikmat pemberian-NYA...

dan sampai saat suatu masa...
aku harap...
aku mampu menjadi sebaik-baik hamba..
kepada-NYA...

------------------------------------------------------------------------------------

Saat ini, ingin kukongsikan nikmat hidup yang tuhan berikan pada aku...
nikmat alam yang sebenarnya sudah lama merindukannya...
tetapi kerana batas-batas yang datang tak berjemput.
atas takdir yang ku sambut...
maka, ada suatu ketika,...
aku perlu pendamkan saja rindu lara ini...
bersahaja...

semalam,
aku menikmati indahnya malam ciptaan tuhan yang perlu aku syukuri...
menghayati nikmat alam di waktu malam...
di bukit tabur,..
amat memberikan seribu makna dan erti , sepintas ku menjalani kehidupan ini...

untuk sahabat baru yang aku temui,
(terima kasih Suzanna(Applehijau) kerana mengenalkan aku dengan adi =) )


terima kasih atas segala yang dikongsi...
nikmat berbuka bersama keluarga,
nikmat persahabatan meneruskan pendakian bersama-sama...
nikmat tidur setilam bersama-sama...
borak-borak melihat gambar segala...
dan segala detik sewaktu kita bersama...

serta abe wan juga..terima kasih banyak hendaknya...





dan 9 orang yang bersama-sama mendaki bersama,
iaitu dari Orang Hutan Malaya, terima kasih juga hendaknya...





Komuniti Orang Hutan Malaya


dan nikmat itu biasanya,
sukar untuk kucoretkan dengan kata-kata...
hanya pujian ke atas tuhan , hak segala-galanya...

ALLAHUAKBAR...
ALLAHUAKBAR...
ALLAHUAKBAR...


Kemerdekaan 53 Malaysia...
S E L A M A T H A R I M E R D E K A 5 3 M A L A Y S I A


dan biarkan sahaja kepegunan-kepegunan ini berbicara...
kerana tanpanya, mungkin sahaja bahagia ini bisa kulupa...
pada suatu ketika...


Pemandangan Lembah Klang dari Bukit Tabur

Empangan Klang
-kehebatan teknologi menghasilkan impak gambar ini,
kerana secara realiti, mataku ini tidak bisa dengan jelas
memandangnya pada selepas jam 12am ...


Rehat Sebentar Menikmati Keindahan Alam...


Cabaran Bukit Tabur -
mcm tembok besar china plak...hehehe =)




Nice View...


Aku & Lampu Gas...

Lena Seketika Di Bukit Tabur...


Menikmati Panorama di langit...


Subhanallah...
Bulan tiba-tiba muncul menambahkan keindahan panorama alam...
walaupun hujan dan berawan dari permulaan pendakian....


Take Nothin But Picture.
Leave Nothing But Footprint.


Nature Is Beautiful,
Don't Ruin It Before It's Due Time.



Alhamdullillah...
segala jalan yang ku lalui...
tuhan semakin memnberikan erti dan makna kehidupan kepada diriku ini...
menambahkan rasa kecil dan kerdilnya diri ini...

semoga suatu saat yang tiba,
aku bisa sahaja mengenal tuhanku,
dengan sebenar-benarnya....

semoga aku ketemui bahagia yang kucari dan aku inginkan..
dan kalian juga berbahagia menikmati hidup kalian...
sebagai manusia berhati manusia dan berjiwa manusia... =)


Ramadhan yang semakin bakal dirindukan...
7pm , 31 August 2010.

-z7-


8 comments:

firdaus@abamat said...

kekkeke. mcm2. hg rajin plak pnjt bukit tu 2 kali. baguih2.

zhyne said...

salam dauz..
this is my 1st time la..

seriuosly... =)

pecinta alam said...

1st time panjat bukit ke? hehe. bez kan? ble da smpai puncak. rse cam xnk trun nk tgk panar0ma dri puncak bukit x gitew? haha. taniah2 krna mghargai alam. go GREEN!

.:padie_eyla:. said...

menangis aku tgk gmba ko..! arrrgghh.! admire nyeeeeeeeeeeeee.. huhU~

zhyne said...

pencinta alam :
you can said that..hehehhe
best..
keseronokan yang sukar digambarkan...
betul3x, rase nak stay up je atas tu..hehe
thankz yo =)
GO GREEN! =)

zhyne said...

padie padie padie :
sila nangis yee,,,hehehe
owh admire kat gambo ke tuan punya blog?
hohoho =)

Firas said...

Gud..Gud..Gud..
Masa nie la nak merasai nikmat sebagai seorg belia U.. Menyertai aktiviti outdoor.. Dah keje nt, susah nk dpt peluang mcm nie.. Nice pic..
Kata2 2 boleh di upgrade lagi... hahahaha

zhyne said...

thankz faizal..
btw , ini bukan aktiviti di situ..
ia aktiviti2 manusia biasa.. =)
mereka2 sudah bekerja..
aku joinkan diri sahaja.. =)

thankz for the comment but i'm more to hear critism...hehehe...

ape2 pun..
terima kasih duan keladi,
panjang umur , berjumpa lagi =)