Tuesday, December 7, 2010

Apa Yang Engkau Dakwahkan



apa yang engkau dakwahkan?

apa yang engkau dakwahkan,
setakat mengangkat diri engkau agungkan,
yang benar baik itu semua engkau lakukan....
tidakkah itu menyakitkan?

apa yang engkau dakwahkan,
kalau beribu perkara kau lakukan,
sejuta pahala kau dapatkan,
betulkah riak itu membaloikan?

apa yang engkau dakwahkan,
solat 5 engkau ajakkan, semudah perkataan,
bercakap semudah sudah terbiasakan,
tidakkan kau rasakan bumi sudah berputaran?

apa yang engkau dakwahkan,
jika kepuasan peribadi engkau kejarkan,
pujian tinggi engkau harapkan,
tidakkah kau merasa kesepian?

apa yang engkau dakwahkan,
atas nama engkau..
atau nama Tuhan...
aku tiada jawapan.

-----------------------------------------------------

tatkala kurasakan bumi sudah berputaran...
masih ada yang kurasakan...
sakit untuk aku teruskan...
bahawa..
masih ada "polis menangkap pencuri dengan menggunakan strategi polis untuk menangkap pencuri"...
faham apa yang nak ku sampaikan..
urm..as simple as...

kalau nak tangkap pencuri,
polis tak boleh guna cara strategi polis untuk menangkapnya.
tetapi guna bagaimana pencuri itu mencuri...
dari tahap merancang , melakukan, menyembunyikan bukti elak dikesan, melarikan diri elak dijejakkan, larikan diri elak ditangkapkan...




{entah kenapa , teringat peristiwa kantoi fly di sek teknik,
bak kata ketua warden "fly tak salah, tapi , kalau tertangkap, itu salah dan perlu dihukum--> selamat kantoi sekali je =) ----> ok , tamat iklan yang tiada kena mengena, bukan? }

bukankah itu lebih berkesan?
ya, sudah terbuktikan..
lihat sahaja drama-drama..
urm..tak perlu aku listkan,
semua sedar dan pernah menontonkan,
drama baratkan, ibaratnya semua tak nak ketinggalan...

ok..
umpama itu yang aku maksudkan..
yang halus dan tersiratkan...
ingin sekali berharap kalian dapat fikirkan...


"jom solat" ---> semudah perkataan bukan?

BERKESAN?

SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN AKU DAN KALIAN!



dalam masa, aku memang suka mempersoalkan,
ya, aku bukan MAHER ZAIN,
aku kan ZAIN AZRAY !
(sorry maher zain,nama kita hampir sama, tumpang glamer !)

4.08am , 23.11.2010




No comments: